Tuesday, February 23, 2010

Chery Alado yakin jual 5,000 unit dgn pengeluaran 4model baru








CHERY Alado Automobile Sdn Bhd (Chery Alado) syarikat pengimport, pemasangan dan pengedar kenderaan jenama Chery di Malaysia, mensasarkan untuk berada dalam kelompok lima teratas membabitkan jualan kereta import terlaris di Malaysia tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Meng Toa, berkata bagi mencapai sasaran itu, syarikat merangka pelbagai strategi dan pelan pemasaran ampuh selain bakal memperkenalkan empat model baru Chery sepanjang tahun ini.

Empat model terbabit ialah kenderaan pelbagai guna (MPV) Eastar 2.0, van 12 tempat duduk, MPV mini Q22 serta pikap mini.

Kenderaan Chery yang menggunakan enjin Acteco terbukti mempunyai ketahanan selain menjimatkan. enjin ini hasil usaha Chery dan syarikat dari AUSTRIA yang turut membangunkan enjin jenama kereta ternama termasuk BMW, Peugeot dan banyak lg jenama termuka lain. Malah, kenderaan chery berjaya menamatkan perlumbaan Dakar dengan menduduki antara 50 tempat teratas walaupun pertama kali menyertai acara itu tahun lalu.